Username
Password
Forgot password?
     
LOGIN 921,136
VISITED1,291,285
  
  PEMBEKAL/SUPPLIER  
Uji Komputer/Test Screen
Latihan/Training
Bantuan/Help
IWK Knowledgebases
Maklumat / Info PO & AP
eProcurement Forum
Pendaftaran Online / Online Registration
   
 
 
 

PEMBERITAHUAN: IBU PEJABAT IWK TELAH BERPINDAH KE LOKASI BARU

Bermula pada 23 Jun 2014, Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn Bhd akan memulakan operasinya di lokasi baru seperti di alamat berikut:

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

No. 44, Jalan Dungun

Damansara Heights

50490 Kuala Lumpur

Tel: 03 27801100 Faks: 03 27801101

Untuk makluman, Jabatan Perolehan berada di tingkat 4. Talian telefon dan faks tidak berubah.

Klik disini untuk peta lokasi

2 Jul 2014

newiconJika komputer anda gagal untuk memaparkan 'Auction Console' setelah anda mengemaskini perisian Java yang baru, sila ikuti langkah-langkah seperti yang diterangkan di dalam lampiran ini.

Java setup
22 Jan 2014

newiconNotis untuk staf IWK: Term Contract Procedure edisi 2013, Manual Perolehan edisi 2013, FAL edisi 2013 dan borang Green edisi terbaru boleh dimuat turun dari portal ini. Sila klik pada Procurement Info Centre.

23 may 2012
newiconJabatan Perolehan mendapati terdapat sebilangan kontraktor sengaja melengahkan masa lanjutan auction (auction extension time) dengan menurunkan harga yang masih tinggi berbanding harga terendah yang dihantar oleh kontraktor lain. Penyalahgunaan sistem ini menyebabkan auction berlanjutan selama beberapa jam dan menyebabkan kerugian masa untuk semua pihak termasuk pihak IWK. Auction Extension Time dibuat bertujuan untuk membantu kontraktor dengan memberi lebih peluang untuk memenangi sesuatu bidaan. Jika didapati masih ada kontraktor yang terlibat dengan penyalahgunaan ini, tindakan penggantungan akan dikenakan.
22 Mac 2012

newiconKepada Pembekal dan Kontraktor, terma dan syarat penggunaan sistem ePerolehan IWK adalah seperti di bawah:

"Pembekal atau kontraktor tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) , atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga IWK. Sekiranya pembekal atau kontraktor didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam IWK atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga, maka pembekal atau kontraktor bersetuju dengan tindakan-tindakan berikut yang akan diambil:

1) Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga ; atau

2) Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga; dan

3) Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan IWK

Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada pembekal atau kontraktor sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga, maka pembekal atau kontraktor perlu segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran."

20 Mac 2012
newiconSekiranya mengalami masalah untuk login, emailkan ke ep@iwk.com.my untuk menetapkan semula Kata Laluan anda. Sila sertakan bersama nama syarikat dan Supplier ID untuk memudahkan urusan.
15 Feb 2012

 

 
   
Auction Category
Unit Office
 
 
REF NO UNIT OFFICE AUCTION NAME CATEGORY START DATE CLOSE DATE SITE VISIT
 

MALAYSIA WATER ACADEMY (MyWA)

Kepada kontraktor yang berminat menyertai latihan untuk sektor air kumbahan (wastewater) yang dianjurkan oleh Malaysia Water Academy (MyWA), senarai kursus latihan boleh didapati disini.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi MyWA - Pn Manisa Md Salleh di talian 03-62011457 atau klik di sini untuk ke laman web MyWA.
18 Aug 2011
Sekiranya anda mendapati Auction Category yang ditetapkan adalah tidak tepat berdasarkan kepada jenis kerja di dalam BQ, sila laporkan kepada Jabatan Perolehan di alamat email ep@iwk.com.my agar pembetulan dapat dilakukan oleh pengguna terbabit, jika perlu.
18 Aug 2011

Peringatan kepada pembekal/kontraktor yang tidak dijemput tetapi berminat untuk menyertai Sebutharga Terbuka:

1) 2 cara untuk memilih Sebutharga Terbuka: Cara 1 - Disebelah kanan,pilih sebutharga yang diinginkan di bawah ruangan Sebutharga Terbuka atau; Cara 2 - Diruangan Sebutharga Baru di bahagian tengah portal,pilih kategori kerja dan pejabat unit yang dikehendaki.

2) Sila klik Participate jika berminat untuk menyertai sebutharga jenis terbuka yang diinginkan.

3) Sila hadir ke lawatan tapak pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan,jika ada. Lawatan tapak adalah diwajibkan.

4) Kepada kontraktor yang telah hadir ke lawatan tapak tetapi tidak klik Participate terlebih dahulu sebelum tarikh/masa lawatan tapak, penyertaan untuk menyertai sebutharga tidak akan diterima.

18 Aug 2011

Pihak Audit dalaman mendapati sebilangan kontraktor telah memalsukan dokumen untuk tuntutan bayaran bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Antara kesalahan yang telah dilakukan adalah menggunakan semula gambar-gambar bulan sebelumnya untuk tuntutan bayaran bulan berikutnya. Beberapa kontraktor yang terbabit telah disenarai hitam dan dilarang menyertai kerja-kerja di IWK.

Oleh yang demikian, masalah yang telah ditimbulkan oleh segelintir kontraktor ini turut memberi impak kepada semua kontraktor berprestasi baik yang lain. Pihak IWK berharap perkara ini tidak akan berulang dan selama ini amat berterima kasih kepada semua kontraktor kerana telah bersama-sama bekerja keras dengan kami bagi menjaga mutu perkhidmatan yang baik kepada para pelanggan. Pihak IWK berharap kerjasama ini akan berterusan supaya kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan
18 Aug 2011
Pembekal dan kontraktor boleh mula melihat senarai keputusan untuk pemenang bidaan. Klik pada Dashboard e-Bidding > Report > Winner List Report
18 Aug 2011
Credit Guarantee Corporation (CGC) adalah ditubuhkan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang tiada cagaran atau kekurangan cagaran memperolehi laluan kepada kemudahan kredit dari institusi-institusi kewangan. Klik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Skim-Skim Jaminan dan Pembiayaan CGC
18 Aug 2011

Forum ePerolehan Indah Water adalah untuk anda salurkan maklumat, komen atau pandangan. Klik untuk masuk ke halaman ini.

SUPPLIER/CONTRACTOR

Untuk syarikat yang menolak tawaran setelah memenangi bidaan, sila maklum bahawa tindakan yang boleh diambil adalah;

Penolakan Pertama: 3 bulan pergantungan, Penolakan Kedua: 6 bulan pergantungan, Penolakan Ketiga: 1 tahun pergantungan.

SUPPLIER/CONTRACTOR
Sekiranya terdapat perubahan email & no hp wakil syarikat, sila hubungi IWK secepat yang mungkin agar jemputan untuk menyertai tender/sebutharga diterima. Anda juga boleh menghadiri sesi latihan ulangan jika diperlukan. Hubungi En. Nor Azmi Mohamad, Sekretariat Pendaftaran Jabatan Perolehan di talian 03-27801191 / azmim@iwk.com.my
SUPPLIER/CONTRACTOR
Sekiranya mengalami masalah Username & Kata Laluan(Password), sila hubungi System Administrator Pn. Ani Rahayu, Jabatan Teknologi Maklumat di talian 03-27801153 / rahayub@iwk.com.my. Sebarang masalah berkenaan penggunaan sistem sila hubungi User Administrator En. Norfaizul Zakaria, Jabatan Perolehan di talian 03-27801391
SUPPLIER/CONTRACTOR
B5 Untuk kontraktor dan pembekal IWK yang baru berdaftar, anda akan menerima jemputan untuk menghadiri latihan sistem ini. Surat jemputan, email dan fax akan dihantar dua minggu sebelum latihan bermula.  Untuk memudahkan perjalanan latihan ini, diharap pembekal/kontraktor dapat memberi kerjasama penuh dengan mematuhi tarikh kelas yang telah ditetapkan. Sila rujuk surat yang dihantar kepada anda.  
SUPPLIER/CONTRACTOR
B5 Bagi kontraktor/pembekal yang telah berdaftar tetapi masih lagi enggan menghadiri sesi latihan, anda tidak akan dijemput untuk menyertai sebarang tender/sebutharga pada masa akan datang.
____________________________________________________________________________

Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Sebarang aduan atau komen sila email kepada ep@iwk.com.my
Copyright © 2007 - 2013 Jabatan Perolehan Indah Water Konsortium Sdn Bhd

 

 
Tender Terbuka
 
 
Sebutharga Terbuka
Sebutharga Tertutup